5.1
Kebaikan dan Keburukan Internet
5.1.1 Kebaikan Internet
1
Perkongsian Maklumat
Pelbagai maklumat dapat dikongsi dan diperolehi
dengan hanya melayari internet tanpa dikenakan sebarang bayaran dan had
masa. Maklumat yang diperolehi bukan
sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk grafik. Pelayar sesawang
hanya perlu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat yang mereka
inginkan sama ada digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan
sebagainya. Di internet, terdapat banyak enjin carian dan google.com,
search.com dan yahoo.com adalah beberapa contoh enjin carian yang lazim
digunakan.
2
Alat Komunikasi
Internet telah dijadikan
sebagai platform untuk berkomunikasi.
Internet merupakan alat komunikasi yang amat mudah dan tanpa memerlukan
kos yang tinggi. Penggunaan messenger
seperti Yahoo, Skype, Gtalk dan Hotmail telah memudahkan lagi komunikasi antara
pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas.
Selain berkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaaannya telah
dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan video yang membolehkan kita
berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing hanya
dengan menggunakan internet. Alat
komunikasi ini juga amat berguna kepada syarikat-syarikat yang mempunyai
cawangan di serata dunia. Komunikasi
antara setiap cawangan seluruh dunia dapat dijalankan hanya menggunakan Video Conferencing atau Tele-conference.
3
Jimatkan Kos dan Masa
Penggunaan internet ini secara tidak langsung
telah menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon dan kos pengangkutan. Bagi
penjimatan kos panggilan misalnya, kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa
dengan menggunakan telefon analog amat mahal jika dibandingkan dengan
penggunaan skype yang tidak
mengenakan sebarang caj. Manakala
penggunaan voice over internet protocol
(VOIP) ternyata caj yang dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan
biasa. Penjimatan kos pengangkutan
ketara dapat dilihat di syarikat-syarikat besar yang mempunyai
1
Berita Terkini
Penggunaan internet telah
memudahkan berita terkini disampaikan dengan cepat. Kebanyakan surat khabar mempunyai laman web
sendiri seperti The Star dan CNN. Laman web ini sentiasa dikemas kini dan
memaparkan berita terkini yang berlaku di seluruh dunia.
2
Promosi
Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk
untuk sesebuah syarikat. Internet bukan
sahaja murah malah lebih berkesan kerana boleh diakses di seluruh dunia.
Terdapat syarikat yang menawarkan program berkembar yang amat berkesan dan
murah untuk mengiklankan produk sesebuah syarikat atau orang perseorangan.
3
Hiburan
Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh dinikmati
hanya dengan melayari internet. Kita
boleh menonton secara dalam talian dengan hanya melayari pelbagai laman web
yang menyediakan perkhidmatan tersebut seperti http://www.youtube.com dan
http://www.mysoju.com. Selain itu, terdapat juga permainan (games) yang boleh
dimainkan secara dalam talian bersama-sama dengan gamers dari serata dunia. Melalui internet terdapat juga hiburan
lain seperti mendengar muzik dan berinteraksi dengan kawan-kawan baru di alam
maya.
4
Pendidikan Secara Dalam
Talian
Pada masa kini terdapat banyak universiti yang
telah menawarkan pendidikan secara jarak jauh yang memerlukan perkhidmatan
internet. Pelajar tidak perlu menghadiri kuliah secara fizikal kerana kuliah
dilakukan secara dalam talian dan pelajar hanya mengaktifkan video conference untuk menghadiri
kuliah. Nota pembelajaran boleh dimuat turun secara dalam talian, kuliah boleh
direkodkan dan pelajar boleh mendengar kuliah tersebut secara berulangkali.
Disamping itu, keputusan peperiksaan juga boleh diperolehi secara dalam talian.
5
Perkhidmatan
Pada masa kini syarikat-syarikat seperti
syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel dan agensi pelancongan menawarkan
perkhidmatan secara atas talian bagi memudahkan pengguna. Contohnya, Maybank2u menawarkan perkhidmatan
perbankan secara atas talian dan para pemegang akaun Maybank boleh menggunakan
perkhidmatan yang ditawarkan tanpa memerlukan caj yang berlebihan. Begitu juga
dengan syarikat penerbangan, para pengguna boleh menempah tiket penerbangan
secara atas talian pada bila-bila masa.
6
Sosial
Laman sosial ialah alat untuk berkongsi dan
berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia secara maya. Antara laman
sosial yang popular ialah Facebook, Twitter, Google+ dan Instagram. Melalui laman sosial, pengguna dapat berhubung
dengan rakan-rakan lama, mewujudkan kumpulan-kumpulan pengguna daripada minat
dan hobi yang sama dan mengemaskini aktiviti-aktiviti semasa dengan cepat dan
berkesan.
5.1.2 Keburukan Internet
1.
Ketidaktepatan Maklumat
Terdapat banyak maklumat yang boleh kita
perolehi dari internet. Namun demikian,
adakah semua maklumat tersebut tepat?
Bagaimana kita hendak memastikan sama ada maklumat yang kita terima itu
tepat ataupun tidak? Ini memang boleh mengelirukan malah memberi impak yang
besar kepada sesetengah pihak. Terdapat
pelbagai golongan yang menggunakan internet dan menyebarkan maklumat mengikut
kepentingan diri masing-masing. Ada yang menggunakan internet untuk menabur
fitnah bagi tujuan menjatuhkan pihak tertentu. Oleh yang demikian, kita
mestilah bijak menilai kesahihan sesuatu maklumat yang diterima.
2.
Virus/Malware/Worm/Trojan
Internet merupakan salah satu sumber yang
digunakan untuk menyebarkan segala virus, malware, worm atau trojan. Pengguna internet perlu mempunyai pengetahuan
tentang serangan virus, malware, worm atau trojan untuk memastikan komputer
yang digunakan selamat daripada serangan virus dan data selamat daripada
diceroboh. Kekurangan ilmu pengetahuan tentang cara-cara menghindari komputer
kita daripada serangan virus akan memudahkan komputer tersebut diceroboh.
Virus, malware, worm atau trojan ini bukan sahaja menyerang sebuah komputer
malah boleh menyerang komputer yang terdapat dalam rangkaian yang sama.
Serangan ini akan menyebabkan kerosakan kepada sistem komputer seterusnya akan menganggu
prestasi komputer dan juga rangkaian.